Thursday, 29 November 2018

TRIP KE HA LONG BAY, HANOI, VIETNAM 9-12 November 2018 (part 1)

Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah mengenai company trip ke Hanoi pada 9-12 November 2018.  Seawal jam 2 pagi kami dah bangun untuk bersiap dan menaiki grab ke airport Senai. Sampai di airport Senai lebih kurang jam 3.40 pagi. Memandangkan kedai-kedai semuanya masih belum dibuka maka kami hanya duduk melepak di hadapan Starbuck sambil menunggu rakan-rakan yang lain. Wakil ejen pelancongan kami telah pun sampai di airport seawal kami. Beliau ditugaskan menguruskan check-in bagasi kami hingga kami selamat check-in ke dalam airport.

Perjalananan bermula dari Lapangan Terbang Senai pada 9-11-2018 dengan menaiki pesawat MAS pada jam 6.30 pagi. Penerbangan ke KLIA mengambil masa 35 minit dan akan transit di KLIA untuk ke Hanoi dari KLIA pada jam 9.50 pagi.



Sebahagian dari kami yang seramai 9 orang dari Senai.

Boarding pass mana..boarding pass!


Lepas check-in kasi urut badan dulu haa...

Partners in crime


sarapan pagi kami pilihan dari omelette atau nasi lemak


 di lapangan terbang hanoi (Noi Bai International Airport)

Selepas 3 jam 25 minit penerbangan, kami selamat mendarat di Noi Bai International Airport, Vietnam. Pengalaman baru akan bermula dari sini. Yeah!

Kami terbahagi kepada 2 group iaitu Group A dan Group B. Sudah ada 2 biji bas yang menanti ketibaan kami di airport. Saya dan rakan-rakan yang menaiki penerbangan dari Johor Bahru berserta sebahagian rakan-rakan dari Kuala Lumpur menaiki Bas B. Manakala selebihnya menaiki Bas A. Dari Kuala Lumpur kami diketuai oleh Ms Chris Tong sebagai tour leader manakala setiba di Hanoi kami dijemput pula oleh Mr Brian wakil dari pihak travel agency di Hanoi yang menaiki Bas B. Manakala Bas A pula dipantau oleh wakil tour leader dari Malaysia dan juga dari Hanoi masing-masing yang menaiki bas A tersebut.

 Tour guide kami dari Malaysia Ms Chris Tong

 Tour guide dari Hanoi Mr Brian

Kumpulan B

 Lunch di Cosiana Hotel

 Geng makan

Gambar-gambar makanan tengahari ↓









Lokasi pertama kami adalah acara makan tengahari di Cosiana Hotel di bandar Hanoi (gambar atas). Hotel ini menyediakan makanan halal dan ada sijil halal dipamer di dinding hotel. Selepas menikmati makan tengahari kami dibawa melawat ke Temple of Literature. Ini adalah kuil kesusasteraan yang terletak di tengah-tengah bandar Hanoi. Pada asalnya ianya dibina untuk dijadikan pusat pembelajaran khusus untuk sage Cina dan sarjana Confucius. Kini ianya menjadi satu tempat kunjungan utama bagi penduduk tempatan dan juga pelancong.


 Di luar Temple of Literature


bersama gadis-gadis vietnam yang comel-comel belaka..hehe



 Di hadapan Temple of Literature

One pillar pagoda

Destinasi seterusnya adalah Makam Ho Chi Minh atau Ho Chi Minh Mausoleum dimana tubuh bekas pemerintah itu diawet dan dipamerkan untuk dilawati dan diberikan penghormatan. Kami sampai ke sini agak lewat dan waktu melawat telah pun habis. Jadi kami hanya dapat bergambar di luar bangunan makam.



  


Bila tiba-tiba ada pelancong Korea datang dekat kami nak bergambar..hehe



Di hadapan Temple of Literature

Kami seterusnya dibawa ke Lotus Water Puppet untuk menyaksikan persempahan water puppet yang terkenal di sini. Persembahan mengambil masa lebih 30 minit. Keletihan dan kekurangan tidur dari jam 2 pagi menyebabkan ada diantara kami yang tertidur semasa menonton water puppet. :)))









 orang belakang tabir water puppet

Lokasi seterusnya adalah makan time! Wah..inilah yang ditunggu-tunggu. Kami dibawa ke Restoran Red House untuk makan malam. Restoran ini mempunyai sijil halal so boleh makan tanpa ragu-ragu. Kami duduk 6 orang semeja. Makanan yang dihidangkan disini sangat sedap. Dan menunya pula terlalu banyak. Nasib ada orang kuat yang boleh menghabiskan lauk pauk yang banyak tu. Hihihi..
















bersama pemilik restoran Red House

Lepas makan kami dibawa check-in ke The Light Hotel untuk berehat. Bila pandang bantal empuk atas katil tu mata otomatik jadi layu...aduhhh...tak sabar nak guling-guling atas katil. Haip! Mandi dulu la...bucukkk..hehe

Okeh...jom skodeng bilik kami..





Hotel ini menyediakan sarapan pagi yang sudah termasuk dalam pakej penginapan namun bagi yang muslim kena hati-hati kerana ada makanan tidak halal disediakan di restorannya.

Part 2 bersambung...

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...