Tuesday, 4 December 2018

JJCM - Super Saigon Ampang

JJCM pula kali ni.

Jalan-jalan cari makan memang tak pernah hilang dalam kamus kehidupan kami. Memandangkan dah lama tak ke Ho Chi Minh, kerinduan pada Pho Noodle tu membuak-buak. Hahaha. So kali ni kami terpanggil untuk mencuba makanan vietnam di Super Saigon, Ampang.

Bahagian hadapan restoran ini direka seolah-olah anda berada di vietnam siap dengan tulisan mereka.




Menu yang ada di sini ofkoslah makanan vietnam yang femes tu. So jom skodeng menu.


Memandangkan kami peminat tegar pho noodle maka majoriti memilih untuk makan pho noodle.


 pho noodle soup

kopi vietnam
fresh rice paper roll

Makanan di sini walaupun diberi sedikit kelainan namun rasa asal pho noodle itu tetap ada. Boleh repeat lagi. Hehe.

Kalau nak minum jangan lupa oder air kelapa muda sebab mereka guna kelapa pandan, wangi dan manis gitu.



Kalau tak tahu di mana Super Saigon ni wazekan aje. Konpem jumpa..hihi.

Sekian laporan.

Lawatan Ke Pusat Sais Negara 18-11-2017

Dah lebih setahun baru nak upload cerita. Dah basi kot.
Tak kisah lah basi ke tak ye dak...asalkan boleh dijadikan rujukan.

Entri mengenai jalan-jalan cari ilmu ini terjadi bila Pusat Sains Negara (PSN) buat promosi kemasukan percuma pada November - Disember tahun 2017 yang lepas. So, memandangkan ada waktu terluang maka terbawa lah si kecil ni datang ke PSN. Boleh gitu..

Waktu kami sampai ke PSN, masyaallah ramainya makhluk. Yelah hari sabtu kot. So sampai je PSN kami bergambar dulu dekat depan sebab ada banyak replika dinasour yang cun-cun belaka.






Ok jadinya bagi yang first timer ke PSN tu digalakkan tengok peta dulu sebelum decide untuk ke mana-mana sebab kawasannya agak luas turun naik bukit...semput den! Sebelah bawah ada Pengembaraan Maya-Subterranean Journey/padang permainan/swimming pool. Naik ke atas, Taman Rama-Rama dan bangunan utama PSN.



Kami mengambil keputusan untuk ke Pengembaraan Maya-Subterranean Journey sebagai lokasi pertama. Nasib tak ramai sangat orang dekat sini. Tapi lepas kami keluar rupanya ada long queue dekat luar..haha


Nak masuk ke dalam Subteranian Journey ni kena naik kerusi bergerak yang muat untuk seorang. So sorang-sorang naik. Dia gerak perlahan je. Di dalam tu nanti ada audio penerangan mengenai kehidupan haiwan pra-sejarah.

Lokasi kedua adalah Taman Rama-Rama dimana kami kena mendaki bukit sikit sebelum sampai ke bangunan utama PSN. Sila tengok gambar di bawah.






Keluar dari Taman Rama-Rama (Garden of Nature) kami terus naik ke bangunan utama PSN. Ramai betul rombongan budak-budak sekolah yang lengkap beruniform mahupun yang datang dengan ibubapa masing-masing.



Di pintu masuk PSN ada akuarium besar yang menempatkan bermacam jenis ikan. Seronok tengok ikan lalu atas kepala.

Bila masuk ke dalam PSN ada banyak perkara baru yang boleh dipelajari baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ini semua ilmu! Cumanya bila dah terlalu ramai manusia kenalah ikut turn bila nak mencuba.



















Okay overall memang seronok melawat PSN ni. Cuma masa 3 jam yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk mencuba setiap peralatan yang disediakan kerana waktu menunggu setiap satu yang agak lama.

Budak kecik ni pulak awal-awal dah request nak mandi pool sebab ada swimming pool besar di PSN ni yang dikhaskan untuk kanak-kanak. So kami turun dari bangunan utama PSN menuju ke kolam renang di sebelah bawah.

So mandilah sepuas-puasnya ye adik. Hehe.



So kepada yang tercari-cari tempat untuk bawa anak-anak jalan-jalan sambil timba ilmu PSN adalah tempatnya. Pastinya tidak rugi dan bukan sesuatu yang sia-sia untuk mengulangi pengalaman ke PSN.

#PSN #pusatsains negara #jalanjalancariilmu

Monday, 3 December 2018

TRIP KE HA LONG BAY, HANOI, VIETNAM 9-12 November 2018 (part 2)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Okay ini sambungan kepada part 1 trip ke Ha Long Bay, Hanoi pada 9-12 November 2018 yang lalu. Entri kali ini adalah mengenai perjalanan kami ke Ha Long Bay pada hari kedua. Jom Baca.

Seperti yang saya maklumkan pada part 1 yang lalu, kami menginap di The Light Hotel di bandar Hanoi. Kami telah dimaklumkan bahawa bas yang membawa goup kami ke Ha Long Bay akan bertolak pada awal pagi memandangkan perjalanan kami akan mengambil masa 4 jam. Waktu subuh di Hanoi awal sikit dari Malaysia iaitu lebih kurang jam 5 pagi waktu tempatan manakala terbit matahari lebih kurang jam 6.16 pagi waktu tempatan.

Setelah bersiap kami mengambil keputusan untuk bersarapan di dalam bilik sahaja memandangkan cafe hotel di tingkat 9 full house. Kami juga mendapati ada makanan yang disediakan di cafe tersebut mengandungi makanan tidak halal. Nasib baik ada bawak bekal roti dari Malaysia dan juga megi cup. So kami decide untuk balik semula ke bilik dan bersarapan bekalan yang kami bawa dari Malaysia.

Sesudah sarapan kami berkumpul di lobi hotel untuk menunggu bas. Sementara menunggu acara selfie sudah pasti. Silalah tatap gambar-gambar kami yang banyak ni.





Sepanjang perjalanan menuju Ha Long Bay pemandu pelancong tempatan kami tak berhenti berceloteh mengenai pengalaman beliau membawa pelancong-pelancong yang datang melawat Hanoi. Beliau juga bercerita mengenai sejarah Hanoi dan Vietnam serta makanan penduduk Vietnam yang boleh dikatakan agak pelik antaranya darah itik yang dicampurkan dengan makanan mereka. Eeuuu...

Jarak perjalanan dari bandar Hanoi ke Ha Long Bay memakan masa 4 jam memandangkan trafik yang perlahan. Memang memerlukan kesabaran sungguh bila berdepan dengan trafik yang sesak di bandar Hanoi. Setelah agak lama di dalam bas, bas kami berhenti di suatu perhentian untuk kami merehatkan diri meregangkan badan yang lemau..hehe. Tempat ini kalau dekat Malaysia lebih kurang macam R&R la sebab ada restoran, toilet, pusat kraftangan yang menempatkan golongan OKU yang membuat kraftangan dari benang yang dijahit pada sehelai kain mengikut corak tertentu. Memang mereka ini kreatif!





pekerja OKU

tekun diorang ni menjahit

 bukan lukisan ye...ini hasil jahitan benang

Antara barangan kraftangan yang dijual di pusat kraftangan ini terdiri daripada ukiran patung dari batu marmar, lukisan dari jahitan benang, beg, kain, jewellery, makanan dll. Kalau nak beli kraftangan seperti jahitan benang tu baik beli di pasar hanoi sebab di sini harganya 10 kali lebih mahal.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan permandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Setelah menempuh perjalan selama 4 jam kami akhirnya sampai ke jeti Tuan Chau International Marina dimana dari sini kami akan menaiki bot kecil untuk dibawa ke kapal besar iaitu Golden Cruise. Kami dimaklumkan terdapat beribu-ribu kapal di Ha Long Bay namun Golden Cruise merupakan kapal terbesar di Ha Long Bay dan ianya dilengkapi kemudahan lif.



So sebelum naik bot kami dibekalkan dengan tiket yang akan digunakan kelak untuk ke beberapa destinasi (lubang akan ditebuk pada nombor-nombor di tiket tersebut. Jadi jangan hilangkan tiket!




bahagian hadapan Golden Cruise

sebahagian rakan dari group A.


 welcome drink disediakan

 wifi boleh didapati di sun deck dan juga di lobi 







susun atur meja makan



setelah check-in dan simpan beg, kami berkumpul di lobi untuk ke destinasi seterusnya menaiki bot.



 
Lokasi pertama selepas check in barang di dalam cruise adalah Luon Cave. Kami diberikan taklimat dulu sebelum masuk ke dalam gua kerana kami perlu menaiki banyak anak tangga untuk masuk ke dalam gua dan bila turun nanti bot kami akan tunggu berdekatan dengan pintu keluar (jeti bersebelahan).

Pada waktu kami sampai ada ramai pelancong yang turut sama nak masuk gua. So, trafik sangatlah perlahan. Gua ini dijaga dengan baik dan dipasangkan lampu sebagai penunjuk jalan. Cantik! Dan juga bersih dan besar dari batu caves. Hehe.


dengar taklimat dulu

 bergambar ramai-ramai sebelum mendaki Luon Cave

 beratur panjang sebelum naik gua sebab ramai pelancong

mula mendaki




di dalam gua
 permandangan di tingkat pertama Luon Cave

Di belakang tu adalah jeti dimana bot yang kami naiki tadi akan pick up kami bila kami turun dari gua. 

Turun dari Luon Cave kami dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Ti Top Island.  Pulau Ti Top adalah antara tarikan pelancong untuk mandi manda jika ke Ha Long Bay. Juga terdapat menara tinjau untuk penggemar fotografi. Memandangkan kaki dah lembik sebab baru turun gua, saya mengambil keputusan untuk duduk-duduk berehat sambil cuci mata. Beberapa rakan lelaki yang masih bertenaga mendaki puncak Ti Top dan berkongsi gambar fotografi dengan kami.

Ketika kami bertolak balik dari pulau Ti Top waktu sudah pun senja. Kami terus dibawa ke cruise untuk membersihkan diri dan bersiap untuk dinner.




  permandangan dari puncak pulau Ti Top pada waktu senja

gambar dari balcony bilik guna henfon je




gambar beramai-ramai

Setelah menikmati makan malam, kami naik ke sun deck untuk bersantai. Permandangan bot-bot kecil dari atas sun deck pada waktu malam amat mempersona.

permandangan dari Sun Deck pada waktu malam

Kami difahamkan oleh pemandu pelancong kami bahawa Hanoi dan Ha Long Bay pada waktu ini sudah memasuki fasa awal musim sejuk (winter). Namun, suhu hanya jatuh sedikit sahaja pada waktu ini macam duduk dalam aircond yang tak berapa sejuk tapi still nice tak perlu pakai sweater pun.

Sekian laporan yang dapat dikongsikan untuk part 2. Entri selanjutnya bersambung di part 3.
Stay tuned.

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...