Tuesday, 4 December 2018

Lawatan Ke Pusat Sais Negara 18-11-2017

Dah lebih setahun baru nak upload cerita. Dah basi kot.
Tak kisah lah basi ke tak ye dak...asalkan boleh dijadikan rujukan.

Entri mengenai jalan-jalan cari ilmu ini terjadi bila Pusat Sains Negara (PSN) buat promosi kemasukan percuma pada November - Disember tahun 2017 yang lepas. So, memandangkan ada waktu terluang maka terbawa lah si kecil ni datang ke PSN. Boleh gitu..

Waktu kami sampai ke PSN, masyaallah ramainya makhluk. Yelah hari sabtu kot. So sampai je PSN kami bergambar dulu dekat depan sebab ada banyak replika dinasour yang cun-cun belaka.






Ok jadinya bagi yang first timer ke PSN tu digalakkan tengok peta dulu sebelum decide untuk ke mana-mana sebab kawasannya agak luas turun naik bukit...semput den! Sebelah bawah ada Pengembaraan Maya-Subterranean Journey/padang permainan/swimming pool. Naik ke atas, Taman Rama-Rama dan bangunan utama PSN.



Kami mengambil keputusan untuk ke Pengembaraan Maya-Subterranean Journey sebagai lokasi pertama. Nasib tak ramai sangat orang dekat sini. Tapi lepas kami keluar rupanya ada long queue dekat luar..haha


Nak masuk ke dalam Subteranian Journey ni kena naik kerusi bergerak yang muat untuk seorang. So sorang-sorang naik. Dia gerak perlahan je. Di dalam tu nanti ada audio penerangan mengenai kehidupan haiwan pra-sejarah.

Lokasi kedua adalah Taman Rama-Rama dimana kami kena mendaki bukit sikit sebelum sampai ke bangunan utama PSN. Sila tengok gambar di bawah.






Keluar dari Taman Rama-Rama (Garden of Nature) kami terus naik ke bangunan utama PSN. Ramai betul rombongan budak-budak sekolah yang lengkap beruniform mahupun yang datang dengan ibubapa masing-masing.



Di pintu masuk PSN ada akuarium besar yang menempatkan bermacam jenis ikan. Seronok tengok ikan lalu atas kepala.

Bila masuk ke dalam PSN ada banyak perkara baru yang boleh dipelajari baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ini semua ilmu! Cumanya bila dah terlalu ramai manusia kenalah ikut turn bila nak mencuba.



















Okay overall memang seronok melawat PSN ni. Cuma masa 3 jam yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk mencuba setiap peralatan yang disediakan kerana waktu menunggu setiap satu yang agak lama.

Budak kecik ni pulak awal-awal dah request nak mandi pool sebab ada swimming pool besar di PSN ni yang dikhaskan untuk kanak-kanak. So kami turun dari bangunan utama PSN menuju ke kolam renang di sebelah bawah.

So mandilah sepuas-puasnya ye adik. Hehe.



So kepada yang tercari-cari tempat untuk bawa anak-anak jalan-jalan sambil timba ilmu PSN adalah tempatnya. Pastinya tidak rugi dan bukan sesuatu yang sia-sia untuk mengulangi pengalaman ke PSN.

#PSN #pusatsains negara #jalanjalancariilmu

No comments:

Post a Comment

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...