Wednesday, 28 February 2018

17-12-2017 Pantai Jason Bay

Pantai Jason Bay terletak di Kuala Sedili, Johor. Pantainya cantik dan landai. Namun kunjungan kami kali ini bukanlah untuk mandi manda, cuma nak bergambar je. Hehe.

Nak lepaskan hajat budak kecik ni yang nak ke pantai. Mak-mak budak tumpang posing je. Ye ke? Haha.

Hari riang gumbira bila berada di pantai. Apatah lagi budak dua orang ni. Ha...sebelum balik JB amik gambar puas-puas.
p/s ibu dan aunty mas dah laju kedepan dengan myvi. kami2 ni sempat singgah pantai dulu.

kanak2 riang dan mak2 riang

kami2 je

sapa punya kaki?

balik JB hohoho balik JB

So kami ber-4 satu kereta balik ke JB. Budak2 ni sekerat jalan je riuh pastu senyap. Apalagi tido ler tu. Kami berdua pot pet pot pet sepanjang jalan. Bukan senang nak dating macamni kan.

Such a nice memory!

**********

17-12-2017 Lunch - Warong Siput Wak Dol

Sehari selepas kenduri doa selamat dan tahlil di Sedili kami beramai-ramai makan tengahari di Kampung Pasir. Masing-masing nak balik dah sebab duduk jejauh. Huhu.


So, untuk lunch Warong Siput Wak Dol menjadi pilihan. Watak utama sudah pasti siput sedut masak lemak cili api. Pehh mabeles ai tell u. Jom skodeng menu kami.

Siakap goreng memang meletop

Ni dia watak utama yang jadi kemestian!

muka ceria

bersama bonda

geng makan!

budak2 ni sempat main dengan kucing

Fitri dan Amirah

Antara menu makan tengahari kami adalah siput sedut masak lemak, siakap goreng, asam pedas pari, sayur goreng, sambal belacan, ulam-ulam. Kesempatan berkumpul sebegini memang jarang dapat kami nikmati bersama. Sudah pasti acara makan-makan bersama menjadi satu kemestian dan akan menjadi kenangan indah buat kami.


Masing-masing nak balik dah. Moga jumpa lagi!


**********

Tahlil dan Doa Selamat pada 16-12-2017

Bismillahirrahmanirrohim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Buat entri pertama kali rasanya agak kaku. Ye la aku bukannya pandai menulis pun. Cuba2 je. Hehe. Apapun moga apa yang ditulis di sini dapat menjadi bahan rujukanku di masa hadapan.


Bulan Disember 2017 kami mengadakan majlis tahlil dan doa selamat buat pertama kalinya di rumah induk di Sedili Kecil, Johor. Tarikh yang kami pilih adalah pada 16 Disember 2017.  Tercapai juga hasrat kami untuk berkumpul sekeluarga dan bertahlil arwah.  Kata orang niat yang murni pasti akan terlaksana juga.


Pada awalnya majlis ini hampir2 tak jadi kerana banyak kekangan dari segi tarikh, masa anak-anak tahfiz maklumlah dah nak cuti sekolah dan komitmen adik-beradik yang lain. Namun alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya dan perhimpunan kami adik-beradik terasa amat diberkati kali ini. Majlis kami diketuai oleh kumpulan anak-anak tahfiz Tanjung Sedili yang sudi membacakan doa dan tahlil arwah. Terima kasih yang tidak terhingga buat anak-anak tahfiz ini dan juga mudir mereka. Terima kasih juga buat adik-beradikku yang sanggup meluangkan masa menghadiri majlis penting ini.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut untuk kenangan kami sekeluarga.


Anak-anak tahfiz Tanjung Sedili

bersama keluarga dan guru-guru pelajar tahfiz

bersama keluarga dan jiran

anak-anak tahfiz

antara tetamu yang hadir

tuan rumah bersongkok hitam

antara tetamu yang hadir

anak-anak tahfiz

makan time
anak-anak paling gembira waktu2 macamni

jom makan

antara orang kuat belakang tabir

family

Hatiku gembira kerana majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana melancarkan urusan kami. Moga ini akan menjadi titik untuk kami bersatu dan mengeratkan silaturrahim antara kami.


Segunung kasih dan doa kami buat arwah ayahanda Buang Bin Kamid yang telah pergi meninggalkan kami. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-fatihah. Aamin!


**********




TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...