Wednesday, 28 February 2018

Tahlil dan Doa Selamat pada 16-12-2017

Bismillahirrahmanirrohim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Buat entri pertama kali rasanya agak kaku. Ye la aku bukannya pandai menulis pun. Cuba2 je. Hehe. Apapun moga apa yang ditulis di sini dapat menjadi bahan rujukanku di masa hadapan.


Bulan Disember 2017 kami mengadakan majlis tahlil dan doa selamat buat pertama kalinya di rumah induk di Sedili Kecil, Johor. Tarikh yang kami pilih adalah pada 16 Disember 2017.  Tercapai juga hasrat kami untuk berkumpul sekeluarga dan bertahlil arwah.  Kata orang niat yang murni pasti akan terlaksana juga.


Pada awalnya majlis ini hampir2 tak jadi kerana banyak kekangan dari segi tarikh, masa anak-anak tahfiz maklumlah dah nak cuti sekolah dan komitmen adik-beradik yang lain. Namun alhamdulillah Allah telah permudahkan segalanya dan perhimpunan kami adik-beradik terasa amat diberkati kali ini. Majlis kami diketuai oleh kumpulan anak-anak tahfiz Tanjung Sedili yang sudi membacakan doa dan tahlil arwah. Terima kasih yang tidak terhingga buat anak-anak tahfiz ini dan juga mudir mereka. Terima kasih juga buat adik-beradikku yang sanggup meluangkan masa menghadiri majlis penting ini.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut untuk kenangan kami sekeluarga.


Anak-anak tahfiz Tanjung Sedili

bersama keluarga dan guru-guru pelajar tahfiz

bersama keluarga dan jiran

anak-anak tahfiz

antara tetamu yang hadir

tuan rumah bersongkok hitam

antara tetamu yang hadir

anak-anak tahfiz

makan time
anak-anak paling gembira waktu2 macamni

jom makan

antara orang kuat belakang tabir

family

Hatiku gembira kerana majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana melancarkan urusan kami. Moga ini akan menjadi titik untuk kami bersatu dan mengeratkan silaturrahim antara kami.


Segunung kasih dan doa kami buat arwah ayahanda Buang Bin Kamid yang telah pergi meninggalkan kami. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-fatihah. Aamin!


**********




No comments:

Post a Comment

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...