Throwback cerita 2012 annual trip & dinner ke Pangkor Laut Resort (PLR). Pernah ke Pulau Pangkor tapi di PLR adalah kali pertama. Ini adalah office trip kami untuk 3 hari 2 malam. Subuh-subuh lagi kami semua dah berkumpul di The South Garden Mid Valley untuk menaiki bas menuju ke Lumut, Perak. Sampai di Marina Jetty waktu sudah tengahari. Kami dimaklumkan bot kami untuk ke PLR belum sampai. Sementara menunggu, kami lepak2 dulu dan window shopping je. Ada banyak kedai souvenir di Jeti Marina ni kalau nak shopping.
Jeti Marina
Trip kami ini memang ramai iaitu lebih seratus orang. Maklumlah staf ramai itupun tak semua yang pergi. Sampai di Pangkor Laut Resort kami check in dan berehat di bilik menghilangkan penat. Bilik agak besar dan bilik mandinya pun besar juga. Balkoni kami menyajikan pemandangan indah pepohon redup dan boleh nampak pantai juga.
cantik kan?
Pada sebelah petang kami ke pantai untuk aktiviti sukan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setelah penat beraktiviti kami balik ke bilik masing-masing untuk membersihkan badan.
kami kumpulan hijau..mak kau hijau!
Dinner ala buffet disediakan di restoran tepi laut yang sememangnya banyak pilihan makanan menyelerakan dan sedap belaka.
Hari kedua pagi-pagi selepas sarapan kami menaiki bot laju menuju ke Pulau Pangkor untuk shopping. Ikan bilis dan sotong kering adalah tarikan utama di sini. Harga beza sikit je dari KL tapi sini fresh. Banyak sekali kedai menjual sotong kering yang sedia di makan samada yang bergula, pedas atau biasa. T-shirt untuk ole-ole juga banyak dijual di sini. Habis shopping kami balik ke PLR semula untuk berehat sebelum acara annual dinner kami bermula.
tengah pikir nak beli ke tak
Annual dinner adalah acara tahunan office kami yang mana lokasinya akan berubah setiap tahun dan diadakan bersama annual trip. Tema untuk annual dinner kali ini adalah rainbow! Jadi untuk merialisasikan konsep rainbow saya menyewa sepasang baju yang ada banyak warna.
oo la la
Lokasi makan malam kami agak jauh sedikit dari penginapan kami jadi untuk kesana ada disediakan pengangkutan. Setelah berkumpul beramai-ramai kami mengambil gambar kenangan sewaktu matahari terbenam. Sangat cantik pemandangan sunset di sini. Acara makan malan kami bermula dengan ucapan dari bos kami dan kemudian makan time! Acara lucky draw diselang selikan dengan persembahan hiburan. Habis dinner kami balik semula ke bilik masing-masing untuk berehat.
tunggu transport datang pick up
psst..jangan gosip tau..hahaha
dapat lucky draw
all of us!
Hari ketiga tiada sebarang aktiviti. Selepas sarapan kami hanya menunggu bot kami sampai untuk kembali ke Jeti Marina. Rasa terharu nak meninggalkan resort yang cantik dan kakitangan pihak resort yang friendly dan membantu. Mereka setia menanti kami di jeti dan melambai kami sehingga bot kami jauh ketengah laut. Satu kenangan yang indah!
bergambar kenangan beramai-ramai
bye! bye!