Throwback trip percutian ke Kuching Sarawak . Ini adalah percutian kami untuk pertama kali ke Kuching seramai 10 orang 4 dewasa 6 kanak-kanak. Kalau nak diikutkan percutian pendek 3hari 2 malam ini memang tidak mencukupi tapi memandangkan anak-anak bersekolah dan ada yang tinggal di asrama, memadailah 3 hari tu. Hehe.
Flight kami ke Kuching dari LCCT adalah di sebelah petang. Sampai di Kuching kami check in di rumah kenalan suami di Kuching. Memandangkan kami sampai di Kuching pun dan agak lewat, so aktiviti hari pertama hanyalah makan malam di Kubah Ria. Pertama kalinya kami mencuba mee kolok dan terus jatuh cinta. Serius sedap.
Kuching Airport
Mee Kolok Kubah Ria serius sedap
HARI KEDUA
Pagi-pagi lagi kami dan keluar untuk bertolak ke Pekan Serikin menggunakan dua kenderaan. Singgah sarapan dulu di pekan sebelum meneruskan perjalanan. Menu wajib adalah mee kolok dan laksa sarawak dan satay juga.
laksa sarawak
mee kolok
satay
Perjalanan ke Pekan Serikin memakan masa lebih kurang 2 jam dari bandar Kuching. Kami disajikan dengan pemandangan hutan dan kawasan perkampungan sepanjang perjalanan. Sampai di Pekan Serikin matahari dah mula tinggi. Bahang sudah mula terasa. Di sini terdapat banyak gerai-gerai yang menjual bermacam jenis baju, beg, tikar, barangan rotan dan macam-macam lagi disepanjang lorong yang lurus memanjang ini. Ini adalah sempadan antara Malaysia dan Indonesia dan kebanyakan peniaga adalah dari Indonesia yang dibenarkan memasuki sempadan untuk berniaga untuk waktu tertentu.
Kami tak shopping banyak pun di sini. Antara yang menarik perhatian saya adalah kayu manis yang besar dan panjang-panjang ada dijual di sini (tiada dalam gambar). Destinasi seterusnya adalah Kampung Budaya Sarawak (Sarawal Cultural Village). Kami sampai di sini ngam-ngam masa pertunjukan dah nak bermula. Alhamdulillah rezeki kami.
Selesai persembahan kebudayaan kami meneroka kawasan perkampungan yang terdapat banyak contoh rumah-rumah etnik budaya di sarawak. Apa lagi, posing lah.
Selesai lawatan di Kampung Budaya kami balik ke bandar Kuching untuk menyeberangi sungai Kuching menuju kilang kek lapis sarawak. Kami memilih untuk menaiki bot kecil untuk ke seberang. Satu pengalaman yang indah buat anak-anak dan juga kami.
gambar dari atas bot
Sampai di kilang kek lapis kami sangat teruja apabila dihidangkan dengan berbagai jenis kek lapis sarawak yang cantik berwarna-warni dan sedap! Makan sampai kenyang pun boleh. Haha.
Beratus-ratus kek lapis sarawak yang sudah tersedia untuk jualan terletak di rak-rak yang menempatkan kek lapis tersebut. Kek-Kek lapis dijual dengan harga serendah RM10 dan keatas mengikut jenis kek. Harga ini adalah pada tahun 2010. Sekarang ni tatau lah.
Selesai shopping kek lapis kami kembali ke seberang untuk dinner. Menu wajib adalah mee kolok. Takleh move on lagi dengan mee kolok ni.
HARI KETIGA
Pagi-pagi lagi kami dah bersarapan di Kubah Ria. Mee kolok lagi. Ketagih sungguh! Selepas bersarapan kami menuju ke pasar untuk membeli terubuk masin untuk dibawa pulang. Sungguh fresh terubuk masin di sini.
pilih jangan pilih
Selesai beli terubuk. Lunch mee kolok lagi untuk kali terakhir. Haha. Lepas tu terus ke airport untuk check in. Memang singkat sangat percutian kali ini. Tapi setidak-tidaknya kami dapat pengalaman dan merasa makanan sarawak yang ohsem!
Anak-anak tak sabar nak balik
posing dulu sebelum naik
Bye bye Kuching!
Pastinya kami akan kembali lagi ke sini.
#tripkekuching #pengalamanmenarik #meekolok #laksasarawak #jalanjalandenganfamili
**********
No comments:
Post a Comment