Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Okay ini sambungan kepada part 1 trip ke Ha Long Bay, Hanoi pada 9-12 November 2018 yang lalu. Entri kali ini adalah mengenai perjalanan kami ke Ha Long Bay pada hari kedua. Jom Baca.
Seperti yang saya maklumkan pada part 1 yang lalu, kami menginap di The Light Hotel di bandar Hanoi. Kami telah dimaklumkan bahawa bas yang membawa goup kami ke Ha Long Bay akan bertolak pada awal pagi memandangkan perjalanan kami akan mengambil masa 4 jam. Waktu subuh di Hanoi awal sikit dari Malaysia iaitu lebih kurang jam 5 pagi waktu tempatan manakala terbit matahari lebih kurang jam 6.16 pagi waktu tempatan.
Setelah bersiap kami mengambil keputusan untuk bersarapan di dalam bilik sahaja memandangkan cafe hotel di tingkat 9 full house. Kami juga mendapati ada makanan yang disediakan di cafe tersebut mengandungi makanan tidak halal. Nasib baik ada bawak bekal roti dari Malaysia dan juga megi cup. So kami decide untuk balik semula ke bilik dan bersarapan bekalan yang kami bawa dari Malaysia.
Sesudah sarapan kami berkumpul di lobi hotel untuk menunggu bas. Sementara menunggu acara selfie sudah pasti. Silalah tatap gambar-gambar kami yang banyak ni.
Sepanjang perjalanan menuju Ha Long Bay pemandu pelancong tempatan kami tak berhenti berceloteh mengenai pengalaman beliau membawa pelancong-pelancong yang datang melawat Hanoi. Beliau juga bercerita mengenai sejarah Hanoi dan Vietnam serta makanan penduduk Vietnam yang boleh dikatakan agak pelik antaranya darah itik yang dicampurkan dengan makanan mereka. Eeuuu...
Jarak perjalanan dari bandar Hanoi ke Ha Long Bay memakan masa 4 jam memandangkan trafik yang perlahan. Memang memerlukan kesabaran sungguh bila berdepan dengan trafik yang sesak di bandar Hanoi. Setelah agak lama di dalam bas, bas kami berhenti di suatu perhentian untuk kami merehatkan diri meregangkan badan yang lemau..hehe. Tempat ini kalau dekat Malaysia lebih kurang macam R&R la sebab ada restoran, toilet, pusat kraftangan yang menempatkan golongan OKU yang membuat kraftangan dari benang yang dijahit pada sehelai kain mengikut corak tertentu. Memang mereka ini kreatif!
pekerja OKU
tekun diorang ni menjahit
bukan lukisan ye...ini hasil jahitan benang
Antara barangan kraftangan yang dijual di pusat kraftangan ini terdiri daripada ukiran patung dari batu marmar, lukisan dari jahitan benang, beg, kain, jewellery, makanan dll. Kalau nak beli kraftangan seperti jahitan benang tu baik beli di pasar hanoi sebab di sini harganya 10 kali lebih mahal.
Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan permandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Setelah menempuh perjalan selama 4 jam kami akhirnya sampai ke jeti Tuan Chau International Marina dimana dari sini kami akan menaiki bot kecil untuk dibawa ke kapal besar iaitu Golden Cruise. Kami dimaklumkan terdapat beribu-ribu kapal di Ha Long Bay namun Golden Cruise merupakan kapal terbesar di Ha Long Bay dan ianya dilengkapi kemudahan lif.
So sebelum naik bot kami dibekalkan dengan tiket yang akan digunakan kelak untuk ke beberapa destinasi (lubang akan ditebuk pada nombor-nombor di tiket tersebut. Jadi jangan hilangkan tiket!
bahagian hadapan Golden Cruise
sebahagian rakan dari group A.
welcome drink disediakan
wifi boleh didapati di sun deck dan juga di lobi
susun atur meja makan
setelah check-in dan simpan beg, kami berkumpul di lobi untuk ke destinasi seterusnya menaiki bot.
Lokasi pertama selepas check in barang di dalam cruise adalah Luon Cave. Kami diberikan taklimat dulu sebelum masuk ke dalam gua kerana kami perlu menaiki banyak anak tangga untuk masuk ke dalam gua dan bila turun nanti bot kami akan tunggu berdekatan dengan pintu keluar (jeti bersebelahan).
Pada waktu kami sampai ada ramai pelancong yang turut sama nak masuk gua. So, trafik sangatlah perlahan. Gua ini dijaga dengan baik dan dipasangkan lampu sebagai penunjuk jalan. Cantik! Dan juga bersih dan besar dari batu caves. Hehe.
dengar taklimat dulu
bergambar ramai-ramai sebelum mendaki Luon Cave
beratur panjang sebelum naik gua sebab ramai pelancong
di dalam gua
permandangan di tingkat pertama Luon Cave
Di belakang tu adalah jeti dimana bot yang kami naiki tadi akan pick up kami bila kami turun dari gua.
Turun dari Luon Cave kami dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Ti Top Island. Pulau Ti Top adalah antara tarikan pelancong untuk mandi manda jika ke Ha Long Bay. Juga terdapat menara tinjau untuk penggemar fotografi. Memandangkan kaki dah lembik sebab baru turun gua, saya mengambil keputusan untuk duduk-duduk berehat sambil cuci mata. Beberapa rakan lelaki yang masih bertenaga mendaki puncak Ti Top dan berkongsi gambar fotografi dengan kami.
Ketika kami bertolak balik dari pulau Ti Top waktu sudah pun senja. Kami terus dibawa ke cruise untuk membersihkan diri dan bersiap untuk dinner.
permandangan dari puncak pulau Ti Top pada waktu senja
gambar dari balcony bilik guna henfon je
gambar beramai-ramai
Setelah menikmati makan malam, kami naik ke sun deck untuk bersantai. Permandangan bot-bot kecil dari atas sun deck pada waktu malam amat mempersona.
permandangan dari Sun Deck pada waktu malam
Kami difahamkan oleh pemandu pelancong kami bahawa Hanoi dan Ha Long Bay pada waktu ini sudah memasuki fasa awal musim sejuk (winter). Namun, suhu hanya jatuh sedikit sahaja pada waktu ini macam duduk dalam aircond yang tak berapa sejuk tapi still nice tak perlu pakai sweater pun.
Sekian laporan yang dapat dikongsikan untuk part 2. Entri selanjutnya bersambung di part 3.
Stay tuned.