Thursday, 24 January 2019

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019)

Day 2 (15hb Januari 2019)
Cable Car

Hari kedua di Langkawi kami memperuntukkan masa setengah hari (sebelah pagi) di island hopping. Kami sampai ke motel balik dari island hopping lebih kurang jam 1 petang. Kami terus mandi dan bersiap untuk ke Cable Car. Lunch kami makan megi cup sahaja di motel. Kami ambil Grab ke Cable Car lebih kurang jam 3 petang. Kos grab dari Desa Motel ke Cable Car RM23.

Sampai di Cable Car korang akan nampak pintu gerbang Welcome to Oriental Village. Masuk melalui pintu gerbang ini yang dibina titi gantung daripada kayu yang bergoyang-goyang bila korang jalan di atasnya. Kami tak sempat nak ronda apa yang ada dalam Oriental Village ni sebab point utama adalah cable car. Kejar masa juga sebenarnya.



Tiket perlu ada untuk naik cable car. Kami beli tiket berharga RM55 seorang yang mana harga tiket ini meliputi cable car, 3D art museum dan 6D cinema. Pakai gelang tiket dan dah boleh masuk. Bila masuk ke dalam akan ada jurugambar yang ambik gambar korang. So senyum sampai telinga. Gambar korang akan siap sebelum korang naik cable car. Express betul gambarnya siap. Namun tiada paksaan jika taknak beli gambar. Walaupun gambarnya cantik kami tak beli sebab mahal. Haha.

Bila cable car sampai, naiklah cable car anda dan enjoy pemandangan cantik! Kalau anda jenis yang gayat tu tahan nafas je la ye..hehe.





Gondola akan berhenti di first stop untuk view point. Lagi sekali korang glamer sebab ada jurugambar akan ambil gambar korang. Bila gambar korang siap tiada paksaan untuk beli atau berlalu pergi...ahaha.




Gondola akan berhenti kali kedua di stesen puncak dimana korang akan turun untuk ke sky bridge. Untuk ke sky bridge pula ada dua pilihan samada naik sky lift atau berjalan menyusuri anak tangga sebanyak 300 anak tangga. Oh No! Kami tak sanggup nak naik tangga sebab penat panjat tasik dayang bunting pagi tadi pun tak hilang lagi. So kami beli tiket Sky Lift RM15 seorang.



*gambar dari google

Berada di sky bridge sangat mengujakan. Pemandangan dari atas sky bridge memang sangat cantik. Subhanallah! Lagi sekali jika korang rasa gayat nak lalu jambatan sky bridge ni jangan pijak lantai kacanya. Tapi sumpah memang cantik panorama bila berada di atas jambatan ni. Rasa macam hari-hari akak nak naik sky bridge ni...hehe.








Friends are everywhere. Rezeki kami nak berkenalan dengan seorang wanita berasal dari Sao Paulo, Brazil yang kini menetap di London. Adriana Torres memang sangat peramah dan menurut katanya beliau sangat sukakan Malaysia dan akan kembali lagi tahun hadapan. Beliau juga mencintai makanan tempatan khususnya nasi kandar dan putu bamboo! Walla! Malaysian food memang sedap-sedap belaka kan. Dan beliau juga sangat berani kerana travel solo.





Perbualan kami tidak berakhir di sini kerana beliau turun dari sky bridge bersama kami dalam satu gondola dan bersama-sama kami juga masuk ke dalam 3D Art Museum. Kalau dah sampai cable car, 3D Art Museum ni wajib masuk tau sebab ada banyak port bergambar yang semuanya cantik-cantik belaka. 1 jam dalam museum ni tak cukup kalau korang memang jenis suka bergambar macam kami.

























Oh ya, ada laser show tau dalam 3D art museum ni. So sebelum masuk tu korang rajin-rajin la tanya dekat kaunter tu pukul berapa show bermula supaya korang tak miss tengok. Memang best walaupun 5 minit je. Habis laser show kami sambung lagi bergambar dalam 15 minit. Sebenarnya banyak lagi port bergambar yang kami tak sempat ambil kerana dah janji ambil kereta sewa dari Puan Sarah. Owner siap hantar dekat motel lagi.

Kami terpaksa berpisah dengan Adriana di dalam muzium 3D ni sebab beliau nak kejar masa ke Telaga Tujuh (tutup jam 6pm).

Memandangkan kami dah janji dengan Puan Sarah nak jumpa jam 6pm maka kami keluar dari cable car dalam jam 5.30 petang. Ambik grab balik dan sampai ke Desa Motel dalam 30 minit. Kos grab balik RM28.

Nota : tak sempat masuk 6D cinema...huhu

Sampai di Desa Motel Puan Sarah dah menunggu dengan kereta sewanya. Kami mintak Viva atau Myvi sahaja sebab nak bajet tapi beliau bagi Vios sebab Myvi ada orang guna. Puan Sarah hairan kenapa kami ambik grab untuk ke mana-mana. Kata beliau mahal, lebih baik sewa kereta! Orang tempatan kata grab ni untuk orang banyak duit je...ye ke gitu? Alkisah....betul jugak katanya sebab kalau ditotalkan kos grab pegi balik cable car RM23+RM28=RM51. Kereta sewa beliau hanya RM60 sehari (harga kami) hehe.

bersama Puan Sarah

Kami yang konon-kononnya nak save duit sewa kereta terpaksa akur dengan kebenaran kata-kata beliau. Cadangan awal nak sewa sehari setengah je sebab tu tak ambik kereta pada hari kedua. Tapi Puan Sarah memang murah hati bagi kami guna kereta pada hari kedua petang sampai hari keempat kami balik nanti hantar di airport sahaja dengan harga sewa total RM100. Moga murah rezeki beliau lepas ni.

Lepas dapat kereta kami terus pergi ke Pekan Kuah. Perjalanan dari Desa Motel ke Pekan Kuah mengambil masa dalam 25-30 minit. Hajat hati nak cari makan di Wan Thai Restaurant (menurut Puan Sarah tempat ni famous dan makanan sedap). Sampai di Wan Thai Restaurant kami masuk dan nampak banyak meja tertera perkataan reserved. Seorang pekerja restoran menghampiri kami dan minta maaf sebab ada banyak tempahan pada hari itu. Katanya kalau kami nak makan di situ juga boleh tapi kena tunggu 40 minit.

Hadoi...perut dah lapar nak kena tunggu lagi. 40 minit mungkin boleh jadi sejam. Nampaknya tak kesampaian hajat nak makan di Wan Thai Restaurant. Kami nampak satu gerai burger tepi jalan tak jauh dari Wan Thai. So burger pun burger lah. Perut dah keroncong. Kami oder burger daging special untuk dua orang (RM6 satu). Makan di situ jugak. Habis makan kami patah balik ke Pantai Cenang. Kami parking berdekatan dengan kedai 7eleven. Nak jalan-jalan cari makan lagi sambil cari souvenir la gitu.

Ternampak pulak satu kedai jual buah-buahan dan aiskrim gulung. Budak cashier tu suggest kami cuba perisa susu + mangga. Okay kami oder satu dulu takut tak habis. Harga RM12 untuk mangkuk kecil.



Ya Allah! Heaven kau tahu! Sedap giler aiskrim ni. Memang tak rugi cuba. Habis semangkuk licin. Ingat nak oder lagi tapi bila tengok Q yang panjang terus cancel. Kami masuk ke kedai jual t-shirt. Kali ni murah sikit dari semalam. Belek punya belek banyak juga yang berkenan di hati. My sis beli beberapa helai t-shirt lagi and myself beli seluar pantai 2 helai (RM30 setiap satu). Seluar jenis kain tebal dan labuh bawah lutut.

Settle shopping singgah kejap dekat satu kedai menjual shawarma. Kami oder kentang goreng untuk tapau bawak balik motel. Harga kentang goreng RM12. Perut dah kenyang sebenarnya tapi saja nak kunyah-kunyah. Supper konon.


Jom tengok total kos untuk day 2 half day cable car (petang) (untuk seorang)

Grab pergi balik RM25.50
Tiket cable car RM55
Tiket sky lift RM15
Kereta sewa RM50
Burger RM6
Aiskrim gulung RM6
Kentang goreng RM6
Air mineral RM3

Total RM166.60

Terima kasih kerana sudi membaca.
Stay tuned for Part 4

******

Monday, 21 January 2019

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 2)

Bersambung ke Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb - 17hb Januari 2019)

Day 2 (15hb Januari 2019)
Island Hopping

Pagi-pagi lagi kami dan bersiap dan keluar bersarapan di restoran mamak tak jauh dari motel kami. Kami makan roti bakar, tosey, sosej goreng, kopi O dan teh C. Total breakfast RM12.

Lepas bersarapan kami balik ke motel tunggu untuk pick up. Van pick up datang jam 9.10am untuk menjemput kami.  Kami adalah orang terakhir yang dijemput untuk ke jeti.

Sampai di jeti semasa kami berjalan dari jambatan menuju ke bot, ada photographer yang akan ambil gambar setiap pengunjung jeti. Gambar tu nanti diorang akan print pada pinggan plastik. Balik dari island hopping nanti kalau korang nak beli boleh beli pada harga RM10. Tapi kalau taknak beli tiada paksaan.

So sementara menunggu bot kami sampai kami posing la dulu.

 gambar dulu depan bilik kami

 dalam van pun sempat lagi

 gambar-gambar di jeti






Lokasi pertama kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting. Oh ye..sebelum tu korang kena ingat nombor bot korang ye sebab balik dari Tasik Dayang Bunting tu nanti ada orang akan announce nombor bot korang untuk pick up ke next stop. Bot kami masa tu 028. Siap amik gambar takut lupa. Kami satu bot dengan pelancong dari China yang kesemuanya perempuan.


Cabaran bermula sebaik kami meninggalkan jeti kerana bot kami mula laju melambung-lambung..WooHoo.. Tengok bot lain pun sama..macam tak cecah air je..Tapi memang seronoklah.

Sampai di Tasik Dayang Bunting jangan lupa ambik gambar banyak-banyak. Tempat cantik. Hehe. Dalam beratus gambar yang kami ambil maka inilah gambar yang lulus untuk tayangan..haha.





Korang kena bayar tiket masuk ke Tasik Dayang Bunting RM3 seorang. Yang tu memang tak termasuk dalam pakej island hopping. Bayar asing. Kalau korang tak nak masuk dalam just nak lepak tepi pantai then takyah bayar. Kami nak tengok tasik so kami bayar RM6 untuk 2 orang.


Lepas dapat tiket sebelum masuk ke dalam korang boleh bergambar dulu dekat sebelah kaunter tiket tu.


Untuk sampai ke tasik tu korang kena mendaki bukit. Boleh kata penat jugak la mendaki. Kalau ada mak-mak yang nak ikut sampai ke tasik dayang bunting ni..kena sabar banyak-banyak..hihi. Lepas panjat bukit, turun bukit pulak nak sampai ke tasik. Dan korang kena hati-hati juga kerana banyak monyet bila nak turun bukit dekat tangga-tangga tu.









Dekat jeti tasik ni ramai mat saleh/minah saleh bersidai dengan bikini. Tahan tak tahan je nak tengok. Korang boleh juga berkayak kalau suka (bayaran lain). Kami mencuba solar boat (macam paddle boat jugak la cuma takyah kayuh, dia jalan sendiri) bayaran RM15 untuk dua orang. Lepas naik solar boat kami terus balik ke jeti sebab masa dah time. Punyalah cepat jalan sebab takut tertinggal bot. Mengah wei..




Next stop kami dibawa ke suatu lokasi untuk melihat eagle feeding. Ya Allah banyak sungguh burung helang dekat sini berkeliaran mencari makan. Driver bot kami kata helang-helang tu diberi makan KFC..entah ye ke tidak..hahaha



Dekat tempat eagle feeding ni tak lama..dalam 10 minit je. Lepas tu kami dibawa ke lokasi terakhir iaitu Pulau Beras Basah. Kami diberi masa 1 jam di pulau ni boleh mandi kalau suka. Tapi cuaca panas lit lit ooi...tak sanggup nak mandi.


Kami jumpa sebatang pokok yang dah senget 45% kedudukannya tapi masih kukuh. So ini jadi port kami bergambar.









Kami cuba air kelapa muda di gerai yang ada di pulau ni. RM15 sebiji. Akak tanya kena mahal dik? Dia kata kos minyak dari Pulau Langkawi. So beli satu je kami share. Kami diberitahu bahawa tiada toilet di Pulau Beras Basah ni. Dan difahamkan tiada orang bermalam di pulau ni. Diorang yang bekerja pun balik Pulau Langkawi pada sebelah petang.


Dah puas posing kami naik bot untuk balik ke jeti Pualu Langkawi. 

Sampai di jeti ada orang tanya samada kami nak beli gambar yang awal tadi diorang snap. So kami beli la juga untuk kenang-kenangan RM10.

`

Sebelum naik van kami sempat beli aiskrim kon dekat tepi jeti tu. RM3 je. Sedap wei. Must try. (lupa ambik gambar)

Sampai ke motel kami lebih kurang jam 1pm. Kami pun mandi untuk bersiap-siap ke Cable Car.

Jom tengok kos untuk day 2 half day island hopping (untuk seorang). Kos island hopping RM30 dah dikira dalam kos untuk day 1.

Sarapan RM6
Tiket masuk Tasik RM3
Solar boat RM7.50
Gambar island hopping RM10
Kelapa Muda RM7.50
Aiskrim RM3

Total RM37

So stay tuned for Part 3

*****

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...