Terima kasih kerana sudi membaca. Kali ini saya nak share pengalaman saya ke pulau Langkawi pada 14hb-17hb Januari 2019 lepas.
Day 1 (14hb Januari 2019)
Naik ERL ke KLIA2
Perjalanan kali ini hanya berdua dengan my sis. Memang kami dah rancang awal-awal lagi nak ke Langkawi memandangkan tiket Airasia tengah sale masa tu. Dari Putrajaya Sentral kami menaiki ERL transit ke KLIA2. Tambang RM9.80 seorang sehala, so untuk dua orang RM19.60. Perjalanan dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 20 minit.
TIKET FLIGHT KLIA2-LGK-KLIA2
Sebelum rancang nak ke mana-mana kenalah ada tiketnya dulu, kan. Jadinya flight tiket ke Langkawi kami dah beli pada bulan November 2017 masa Airasia buat sale. Setahun lebih tu! Kami dapat harga RM50 untuk seorang pergi-balik. So untuk dua orang RM100 (pergi balik). Jimat banyak kan!
Memang ada banyak masa untuk google dan buat iterinari. Kami buat research melalui blog-blog traveler yang dah pernah ke Langkawi untuk memudahkan kami membuat iterinari. Kini sampai juga masanya untuk kami pergi ke Langkawi. Rasa teruja sangat.
Kami ni jenis yang suka selfi so korang jangan muntah la tengok gambar-gambar kami yang banyak ni. Hehehe...
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Peta diberikan percuma di airport. Sila ambil satu.
Dari airport Langkawi kami mengambil Grab Car ke hotel penginapan kami. Kos Grab RM12/2 orang.
PENGINAPAN DI LANGKAWI
Penginapan kami booking melalui Agoda dan lokasi pilihan adalah area Pantai Cenang. Kami menempah Desa Motel sebagai penginapan kami untuk 4 hari 3 malam. Total kos penginapan untuk 3 malan RM238.41/2 orang.
Penginapan kami ni walaupun area Pantai Cenang tapi kalau nak menapak ke pantai tu makan masa 10 minit juga la. Sempat penat jugak la. Haha.
Flight kami dari KLIA2 yang dijadualkan jam 3.35pm delay dan hanya berlepas jam 4.30pm. Sampai airport Langkawi jam 5.30pm. Dapat Grab dan sampai Motel kami dah jam 6.15pm. Lepas check-in simpan beg kami terus keluar berjalan kaki menuju ke Pantai Cenang nak tengok sunset.
Disebabkan kami dah letih jadi perjalanan kami menuju ke pantai tu slow and steady je. Sempat singgah kedai runcit beli sandal sebab kaki dah sakit walaupun pakai kasut. Lorong nak ke pantai tak jauh dari Underwater World Langkawi. Senang cari. So inilah hasil tangkapan gambar di waktu senja di Pantai Cenang. Semua gambar guna henfon sahaja. So kualiti gambar takdelah secantik camera digital ye.
Sunset di Pantai Cenang
Lepas tengok sunset kami cari kedai makan. Perut memang dah keroncong kaki pun dah penat rasa macam tak larat dah. Tapi kerana sesuap nasi kami terus melangkah..haha.
Kami jumpa satu gerai jual kelapa muda di simpang tiga. Nama jalan apatah kami tak ambil port...haha. Yang penting dekat simpang tiga tu memang port diaorang jual kelapa muda dan ada juga foodtruck jual char kue teow dan beberapa foodtruck menjual makanan lain.
Kami oder char kue teow kerang untuk 2 orang. Harga RM6 sepinggan. Rasanya boleh tahan.
char kue teow kerang
Lepas makan kami jalan lagi di deteran kedai sepanjang Pantai Cenang. Hajat hati nak cari pakej island hopping. Kami jumpa satu tempat yang menawarkan pakej island hopping dan kami terus book memandangkan harganya murah sikit dari tempat pertama yang kami tanya. Harga ditawarkan RM30 seorang untuk island hopping siap ambil dari tempat penginapan dan hantar pulang.
Pakej island hopping termasuk melawat Tasik Dayang Bunting, melihat burung helang makan (eagle feeding) dan singgah ke Pulau Beras Basah. Van yang pick up kami akan datang jam 9am esok pagi dan kami dijangka pulang ke Motel dalam jam 1pm. Total kos untuk 2 orang RM60.00.
Zanie Watersports Activities yang menawarkan pakej Island Hopping dan beberapa aktiviti air lain
Lepas bayar booking island hopping kami meneruskan misi mencari souvenir. Kami masuk satu kedai menjual T-shirt dan beli beberapa helai T-shirt. Sehelai RM15 untuk saiz dewasa. Kami juga beli topi untuk dipakai esok hari. Fefeeling pelancong sangat la kan...Topi kami RM15 satu.
Dah penat berjalan tekak haus lah pulak. Kami singgah di gerai kelapa muda dan oder kelapa muda sorang satu. Sebiji RM5. Lepas minum air kelapa muda kami berjalan balik motel. Penat jangan cakap la..Tapi akak berusaha juga dik...
Balik motel bersihkan diri, solat dan tidur lerrrr...zzzzzz
Total kos untuk Day 1 (seorang)
ERL RM9.90
Desa Motel RM119.20
Flight pergi balik RM50
Grab RM6
Island hopping RM30
Char kue teow RM6
Air kelapa muda RM5
Total RM226.10
** t-shirt & topi tak masuk list ye
Stay tuned for part 2
Wassalam
bolh sgt ni.. kira low cost budget trip ni
ReplyDeleteboleh kata budget trip jugak la...hihi
ReplyDeleteMakanan di Langkawi sedap2 belaka..
ReplyDeleteBoleh tahan juga..cuma kami tak sempat nak explore banyak..huhu
ReplyDelete