Thursday, 1 March 2018

18-11-2017 Lawatan ke Pusat Sains Negara

Rasanya dah bertahun tak menjejakkan kaki ke Pusat Sains Negara ni. Bila PSN buat promosi masuk percuma sehingga 31 Disember 2017 kami pun ambil kesempatan mengunjungi tempat menarik ni. Si kecik ni belum pernah sampai ke sini. Jadi inilah masanya nak bawa dia datang untuk 'explore' apa yang ada.


Kami pergi ke PSN pada 18 November 2017. Manusia punyalah ramai masa tu. Dengan rombongan bas-bas sekolah entah dari mana. Takpe, alang-alang dah sampai kita teruskan je lah.


Di luar pintu masuk ada replika haiwan-haiwan prasejarah Dinasour yang cantik untuk diambil gambarnya. Apalagi, jom posing.

Prehistoric Garden PSN



bergambar bersama replika dinasour

Perkara pertama yang perlu diambil perhatian sebelum mengambil keputusan nak kemana-mana adalah papan tanda di pintu masuk kerana ia adalah peta tunjuk arah.


 Peta papan tanda 

  
Pertama sekali, kami memilih untuk ke Subterranean Journey. Bangunannya berhampiran pintu masuk.



pengembaraan bermula

Kami antara orang yang awal sampai jadi, taklah lama sangat beratur tunggu giliran. Memang menarik melalui pengembaraan maya ini (subterranean journey). Kena datang dan cuba baru tahu. Hihi.


Next kami ke Garden of Nature. Kena daki bukit sikit la. Ada banyak spesis rama-rama di taman ini. 

posing dulu

rama2 yang sempat kuambil gambarnya

papan tanda

dengan replika rama2

ada kura2 juga

Kami kemudiannya naik ke bangunan utama PSN. Mendaki lagi. Memang ramai sangat orang khususnya pelajar-pelajar berpakaian rasmi sekolah. Tak sempat nak tanya mereka ni dari mana. Di pintu masuk ada akuarium besar melengkung di atas kepala. Dongak saja nampak ikan-ikan berenang di atas kepala. Seakan-akan mengalu-alukan kedatangan kami.

akuarium di pintu masuk

Bila masuk dapat lihat banyak sekali bahan disediakan untuk pengunjung mencuba setiap satunya. Namun disebabkan kebanjiran manusia, semuanya kena ikut giliran. Memang kena banyak bersabar bila ke tempat-tempat macamni. Budak kecik ni memang teruja nak mencuba semua benda. Nasib baik dia pun sabar jugak. Good boy!



manusia yang ramai di PSN


rangka berkayuh - ada dua basikal, satu didalam kotak kaca bersama rangka 
dan satu lagi diluar kotak kaca.
(kayuhan diluar akan menyebabkan rangka mengayuh bersama)

simulasi gempa bumi

Kami tak sempat nak explore satu-satu item sebab terlalu ramai orang dan mengambil masa nak ikut giliran. Jadi setelah lebih 2 jam di dalam bangunan utama, kami keluar untuk isi perut dulu. Kalau tak bawa apa-apa bekal dari rumah takpe. Di sini ada kedai makan dengan harga berpatutan. Kebetulan masa kami datang tempohari waktu cuti sekolah. Jadi ramai peniaga diluar bangunan PSN menjual berbagai makanan yang sedap-sedap semuanya.


Lepas makan kami turun ke bawah untuk ke kolam renang. Ha..yang ni senanglah sebab turun bukit je. Budak kecik ni nak mandi kolam. Ok, kita ikutkan permintaannya.


Kolam mandi di PSN ni agak besar dan boleh memuarkan ramai kanak-kanak pada suatu masa. Eh! memang ramailah yang mandi.




Dah puas mandi jom balik! 

Kesimpulannya memang sangat berbaloi jika ke PSN. Kalau jenis yang memang suka explore satu persatu, 3 jam pun belum tentu cukup duduk dalam PSN tu. Memang banyak ilmu berkaitan sains dan kehidupan yang dapat diambil dari sini.

Memang tak serik ke sini dan kami pasti kembali lagi!

#PSN #PusatSainsNegara #jalanjalancariilmu #cutisekolah

**********








TRIP KE KOTA KINABALU


Entri kali ini mengimbau semula trip kami ke Kota Kinabalu, Sabah pada 24-28 Mac 2014. Agak lama dah tu. Buat yang belum pernah menjejakkan kami ke bumi bawah bayu entri ini mungkin tidak penting. Namun untuk yang baru merancang nak datang ke sini mungkin ini boleh memberi sedikit info sekiranya anda bercadang untuk travel sendiri tanpa mengambil mana-mana pakej dari travel agency.

Pertama sekali yang penting sudah tentu tiket penerbangan. Kami naik Air Asia untuk ke Kota Kinabalu. Tiket kami dah tempah awal-awal waktu Air Asia buat promosi. Kami dapat harga tiket RM49.00 seorang. Jadi kos untuk seorang pergi balik hanya RM98.00. Memang murah dan berbaloi. Rombongan kami ada 7 orang semuanya termasuk ibu dan ayah.

Untuk ke terminal KLIA2 kami menaiki ERL dari Putrajaya Sentral. Kereta kami tinggalkan di parkir Putrajaya Sentral. Lebih selamat di situ.

ibu dan ayah dalam ERL menuju KLIA2

pengalaman pertama bagi angah dan along menaiki pesawat

baru sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu


Tiba di lapangan terbang, kami disambut oleh pemandu kenderaan kami untuk ke apartment kami di pekan KK. Saya buat tempahan awal sewa kenderaan untuk kemudahan kami di KK. Boleh google aja sewa kenderaan KK. Ada banyak pilihan kenderaan yang ditawarkan.


Untuk penginapan sebenarnya ada banyak pilihan samada hotel atau apartment. Ikut bajet masing-masing. Kami tempah apartment 2 bilik di Promenade Service Apartment. Boleh google untuk tengok bilik-biliknya. Harga bergantung kepada bilik/apartment yang kita pilih.


Promenade Service Apartment

Selepas check-in apartment kami keluar jalan-jalan sekitar jeti tidak jauh dari apartment kami. Nampak keriangan dan keterujaan di wajah ibu dan ayah pada waktu ini. Maklumlah mereka pertama kalinya datang ke Sabah.


di Jeti KK

Balik dari jalan-jalan kami bersiap-siap pula untuk makan malam. Kami pergi ke kawasan pasar filipino. Ada banyak gerai menjual makanan laut di sini. Antara makanan laut yang kami cuba ialah ikan bakar, ikan 3 rasa, udang goreng tepung, sayur goreng (tiada dalam gambar) dan beberapa menu lain. Memang sedap kerana ikan dan udangnya segar.


Makan malam di area pasar filipina

ada banyak gerai makanan laut di sini

Hari kedua pagi-pagi lagi sudah dijemput oleh pemandu kenderaan kami untuk perjalanan ke Kundasang. Kami dimaklumkan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam jadi kami harus bertolak awal pagi. Sepanjang perjalanan kami sering berselisih dengan lori-lori besar yang turun naik di kaki gunung kinabalu menuju Kundasang. Kami dihidangkan dengan permandangan menarik sepanjang perjalanan dengan cerun-cerun di kaki gunung dan perkampungan kecil yang sayup-sayup mata memandang.


Sampai di Pekan Nabalu, Kota Belud kami tidak melepaskan peluag mengambil gambar gunung kinabalu. Kami difahamkan waktu pagi adalah waktu terbaik untuk mengambil gambar gunung kinabalu kerana jika terlewat awan tebal akan mula menutupi gunung. Pekan Nabalu juga menyediakan banyak gerai menjual pelbagai barangan cenderahati seperti t-shirt, fridge magnet, barangan kraftangan dan macam-macam lagi.


Ayah dan ibu di Pekan Nabalu, Kota Belud

Gunung Kinabalu

di Pekan Nabalu

Seterusnya kami terus ke Kinabalu National Park untuk melihat gunung kinabalu dengan lebih dekat. Namun kami agak terlewat tiba di anjung tinjau kerana awan tebal telah mula berarak menutupi gunung dan kawasan sekitar. Hati agak sedikit kecewa. Nasib baik masa di Pekan Nabalu sempat ambil gambar gunung. Di Kinabalu National Park inilah check point untuk para pendaki memasuki laluan untuk mendaki gunung.


Kinabalu National Park

di belakang kami adalah gunung kinabalu namun kami sampai di anjung tinjau ini lewat beberapa minit sahaja menyebabkan awan tebal sudah mula menutupi gunung

permandangan pekan Kundasang


Kami berhenti makan tengahari di pekan Kundasang. Terdapat beberapa restoran muslim di sini yang menyediakan masakan melayu seperti nasi ayam, ayam penyet dan makanan panas.


Hentian seterusnya adalah Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd iaitu ladang lembu tenusu. Banyak produk tenusu dihasilkan disini antaranya susu lembu segar berperisa asli dan coklat serta aiskrim dari susu lembu asli. Memang wajib cuba aiskrim di sini. Sedap, tak tipu. Nak ambil gambar lembu pun boleh.



Bergambar di hadapan Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd


Wajah ceria ayah dan ibu

Nampak tak lembu-lembu tenusu jauh dibelakang sana tu

Kami disyorkan pulang awal oleh pemandu kami kerana perjalanan pulang mengambil masa 2 jam. Kami singgah semula di hadapan Kinabalu Park untuk bergambar. Waktu ini kabus sudah mula turun dengan banyak hingga terasa kesejukannya. Agak sukar untuk melihat bangunan dan pintu gerbang Kinabalu Park kerana kabus yang tebal.


dihadapan Kinabalu Park





Persinggahan akhir kami adalah Pantai Tanjung Aru. Kami singgah sebentar untuk menikmati waktu senja di pantai ini. Memang sungguh indah dapat melihat dan merakam permandangan waktu matahari terbenam.


Pantai Tanjung Aru di waktu matahari hampir terbenam

Hari ketiga kami ke Pulau Sapi untuk ber'snokling'. Namun ayah dan ibu hanya mahu berehat di bilik apartment. Jarak dari apartment kami ke Jesselton Point tidak begitu jauh. Memandangkan kami tidak menggunakan khidmat pemandu kenderaan, kami hanya menaiki teksi untuk ke Jesselton Point. Kalau dah ke pulau apalagi aktivitinya kalau bukan menghitamkan kulit. Haha. Air laut yang jernih dan ikan-ikan yang berwarna-warni memang menarik perhatian. Ikan pari pun ada!







air laut yang jernih


Hari keempat adalah hari bershopping. Kami menghabiskan masa di sekitar pasar Filipina untuk mencari ole-ole untuk dibawa pulang. Di sini terdapat banyak barangan untuk dipilih dari t-shirt, barangan mutiara, kraftangan, kerongsang, makanan tradisi seperti amplang, kerepek belinjau pedas (yang ni memang sedap), ikan bilis segar, udang kering segar, terubuk masin dan macam-macam lagi.

Hari kelima kami tidak kemana-mana hanya menunggu untuk dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana penerbangan kami dijadualkan tengahari.

Pengalaman ke Kota Kinabalu ini amat indah dan lima hari di sini rasanya terlalu singkat. Namun kegembiraan ini amat bererti kerana dapat bercuti bersama insan-insan tersayang. Pastinya kami akan kembali lagi!





SIMPLE SANDWICH

Kadang-kadang bangun pagi terfikir-fikir nak buat sarapan apa. Betul tak?
Jom saya sharekan cara buat sandwich untuk sarapan pagi yang sihat dan mengenyangkan juga.

Eleh! Sandwich pun nak share ke? Budak darjah 1 pun tahu buat! Ye ke?

Whatever....


Jom skodeng resepi.


Bahan-bahan diperlukan:-
Roti gardenia wholemeal (putih pun boleh je)
Lettuce (green coral pun ok)
Telur rebus (belah-belah)
Margerin/butter
Mayonaise


Cara2:-
1. Sapu sekeping roti dengan butter.
2. Susunkan telur rebus yang telah dipotong-potong bulat.
3. Susunkan lettuce / green coral atas telur.
4. Sapukan sekeping lagi roti dengan mayonaise (biar tebal sikit baru sedap).
5. Letakkan roti bermayonaise di atas lettuce.
6. Potong tiga segi kalau suka. Taknak potong pun takpe.
7. Makan. :)



#simplesandwich #breakfast #healthyfood #cookingwithheartandsoul #sedapfood #lovefood


KARI SARDIN

Dah lama tak masak kari sardin. Tekak ni rasa teringin la pulak. Anak-anak pun memang suka kari. makan dengan lempeng pun sodap.


Jom cekidout resepinya.




1 tin ikan sardin (saya guna agromas)
*1 labu bawang besar (sedang)
*4 ulas bawang putih
*2 inci halia
(kisar bahan bertanda*)
2 biji kentang (potong 4)
2 biji lada hijau (belah 2)
1 peket kecik serbuk kari ikan adabi
1 sudu makan serbuk kari daging adabi
santan dari setengah biji kelapa @ setengah kotak santan kotak kecil

Cara2:-
1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau hingga rata dan biar pecah minyak.
3. Masukkan santan dari setengah biji kelapa. Jika guna santan kotak, masukkan air putih dulu (agak-agak banyak mana nak kepekatan kuahnya.
4. Masukkan kentang dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk.
5. Masukkan ikan sardin bersama kuahnya. Didihkan kan biar massak seketika dan masukkan lada hijau. tutup api.
6. Perasakan garam, jika suka sedikit ajinomoto.
7. Siap dihidang.






1-9-2017 Raya Haji

Raya Haji 2017 kali ini amat sederhana kerana hanya sebilangan kecil adik beradik yang balik kampung. Aku pun balik berdua dengan si kecik ni je. Adik-adik yang lain ada urusan masing-masing maklumlah cuti yang terhad.

Tak mengapa, kami yang ada ni pun dapat juga membantu ibu menyiapkan persiapan raya haji. Masak ala kadar tapi lauk wajib raya mesti ada. Nasi impit, kari ayam, kuah kacang dan lodeh sudah pasti ada yang menanti. Aku cuma dapat buatkan ibu kek butter seperti yang dia suka.


Inilah gambar kenangan kami di pagi raya dikunjungi saudara-mara tercinta.

atiqah, aunty som, uncle hamid, uncle lan & busu azizah

uncle lan, busu azizah, bonda, atiqah, aunty som & uncle hamid

Wajah-wajah kesayangan hamba ini mengisi ruang tamu kami di hari yang mulia ini. Membawa keceriaan dan kenangan kepada keluarga kami.


Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Aidil Adha telah menjelma,
Tangan kuhulurkan maaf dipinta.

Moga Allah merahmati kita semua.  Aamin.




**********

JJCM - Lok Lok JB 31-8-2017

Jalan-jalan cari makan. Ya itulah aktiviti kami bila turun JB. Aktiviti makan-makan memang acara wajib bila sesekali balik kampung. Kali ini pilihan kami di Lok Lok Steamboat Bandar Baru Uda. Kalau dulu peniaga-peniaga ni berkampung di Dataran Bandaraya. Namun kini telah berpindah di sini. Lagi bagus, dekat dengan rumah..hehe.


Walau ada banyak food truck menjual steamboat, kena pandai pilih yang mana sedap sambal kacangnya. Kami suka yang tengah-tengah ni. Pakcik ni punya kuah kacang memang mabeles. Serius sedap!


Jom usha menu kami.


satar ikan, lok lok steamboat kuah kacang

steamboat 

mee sup gear box

kami ler..


Lepas makan kami bergambar di hadapan pintu gerbang Istana Bukit Serene dan bangunan MBJB.


pintu gerbang Istana Bukit Serene

depan MBJB/Pantai Lido


Dah makan dah jalan-jalan apalagi..balik lah tido!! Haha.

TRIP KE LANGKAWI JANUARI 2019 (PART 3)

Sambungan dari Part 2 Trip ke Langkawi 2019 (14hb-17hb Januari 2019) Day 2 (15hb Januari 2019) Cable Car Hari kedua di Langkawi kami m...