Rasanya dah bertahun tak menjejakkan kaki ke Pusat Sains Negara ni. Bila PSN buat promosi masuk percuma sehingga 31 Disember 2017 kami pun ambil kesempatan mengunjungi tempat menarik ni. Si kecik ni belum pernah sampai ke sini. Jadi inilah masanya nak bawa dia datang untuk 'explore' apa yang ada.
Kami pergi ke PSN pada 18 November 2017. Manusia punyalah ramai masa tu. Dengan rombongan bas-bas sekolah entah dari mana. Takpe, alang-alang dah sampai kita teruskan je lah.
Di luar pintu masuk ada replika haiwan-haiwan prasejarah Dinasour yang cantik untuk diambil gambarnya. Apalagi, jom posing.
Prehistoric Garden PSN
bergambar bersama replika dinasour
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian sebelum mengambil keputusan nak kemana-mana adalah papan tanda di pintu masuk kerana ia adalah peta tunjuk arah.
Peta papan tanda
Pertama sekali, kami memilih untuk ke Subterranean Journey. Bangunannya berhampiran pintu masuk.
pengembaraan bermula
Kami antara orang yang awal sampai jadi, taklah lama sangat beratur tunggu giliran. Memang menarik melalui pengembaraan maya ini (subterranean journey). Kena datang dan cuba baru tahu. Hihi.
Next kami ke Garden of Nature. Kena daki bukit sikit la. Ada banyak spesis rama-rama di taman ini.
posing dulu
rama2 yang sempat kuambil gambarnya
papan tanda
dengan replika rama2
ada kura2 juga
Kami kemudiannya naik ke bangunan utama PSN. Mendaki lagi. Memang ramai sangat orang khususnya pelajar-pelajar berpakaian rasmi sekolah. Tak sempat nak tanya mereka ni dari mana. Di pintu masuk ada akuarium besar melengkung di atas kepala. Dongak saja nampak ikan-ikan berenang di atas kepala. Seakan-akan mengalu-alukan kedatangan kami.
akuarium di pintu masuk
Bila masuk dapat lihat banyak sekali bahan disediakan untuk pengunjung mencuba setiap satunya. Namun disebabkan kebanjiran manusia, semuanya kena ikut giliran. Memang kena banyak bersabar bila ke tempat-tempat macamni. Budak kecik ni memang teruja nak mencuba semua benda. Nasib baik dia pun sabar jugak. Good boy!
manusia yang ramai di PSN
rangka berkayuh - ada dua basikal, satu didalam kotak kaca bersama rangka
dan satu lagi diluar kotak kaca.
(kayuhan diluar akan menyebabkan rangka mengayuh bersama)
simulasi gempa bumi
Kami tak sempat nak explore satu-satu item sebab terlalu ramai orang dan mengambil masa nak ikut giliran. Jadi setelah lebih 2 jam di dalam bangunan utama, kami keluar untuk isi perut dulu. Kalau tak bawa apa-apa bekal dari rumah takpe. Di sini ada kedai makan dengan harga berpatutan. Kebetulan masa kami datang tempohari waktu cuti sekolah. Jadi ramai peniaga diluar bangunan PSN menjual berbagai makanan yang sedap-sedap semuanya.
Lepas makan kami turun ke bawah untuk ke kolam renang. Ha..yang ni senanglah sebab turun bukit je. Budak kecik ni nak mandi kolam. Ok, kita ikutkan permintaannya.
Kolam mandi di PSN ni agak besar dan boleh memuarkan ramai kanak-kanak pada suatu masa. Eh! memang ramailah yang mandi.
Dah puas mandi jom balik!
Kesimpulannya memang sangat berbaloi jika ke PSN. Kalau jenis yang memang suka explore satu persatu, 3 jam pun belum tentu cukup duduk dalam PSN tu. Memang banyak ilmu berkaitan sains dan kehidupan yang dapat diambil dari sini.
Memang tak serik ke sini dan kami pasti kembali lagi!
#PSN #PusatSainsNegara #jalanjalancariilmu #cutisekolah
#PSN #PusatSainsNegara #jalanjalancariilmu #cutisekolah
**********
No comments:
Post a Comment